Bahasa Ainu Hokkaido
Bahasa Ainu Hokkaido

Bahasa Ainu Hokkaido

Bahasa Ainu (アイヌ・イタㇰcode: ain is deprecated Aynu-itak) atau lebih tepat lagi bahasa Ainu Hokkaido, ialah bahasa yang dituturkan oleh segelintir orang tua orang Ainu di pulau utara Jepun, Hokkaido. Ia merupakan ahli keluarga bahasa Ainu, sendiri dianggap sebagai keluarga bahasa pencilan tanpa konsensus akademik tentang asal-usulnya.Sehingga abad ke-20, bahasa-bahasa Ainu – bahasa Hokkaido Ainu yang masih hidup dan bahasa Ainu Kuril dan Ainu Sakhalin yang kini sudah pupus – telah dituturkan di seluruh bahagian selatan pulau Sakhalin dan oleh sebilangan kecil orang di Kepulauan Kuril.Disebabkan dasar penjajahan yang digunakan oleh kerajaan Jepun, bilangan penutur bahasa Ainu berkurangan sepanjang abad ke-20, dan sangat sedikit orang yang boleh bertutur bahasa tersebut dengan fasih. Hanya ragam Hokkaido yang masih hidup,[3] penutur terakhir bahasa Ainu Sakhalin telah meninggal dunia pada tahun 1994. Bahasa Ainu Hokkaido ialah bahasa nazak, namun terdapat cubaan sedang dibuat untuk membugarkannya.Menurut Elmer (2019), bahasa-bahasa Ainu ialah bahasa pertembungan, iaitu mempunyai pengaruh kuat daripada pelbagai loghat/bahasa Jepun pada peringkat yang berbeza, yang mencadangkan hubungan awal dan intensif antara bahasa-bahasa tersebut di suatu tempat dalam rantau Tohoku, dengan Ainu meminjam sejumlah besar perbendaharaan kata dan ciri tipologi dari bahasa-bahasa Jepun awal.[4]